,
Sunday, September 23, 2007.
saaaap!

today..
hmm..dint go anywhere.
bapak's working.
dayah's family came over to buka together.
and off to msjd for terawih.

rite aniways..i did a puisi.
for after duno-how-long i dint do even one.
haha.
so heres the one.
did it dis morning after sahur,while waiting for subuh;

Perpisahan,Kesilapan,Rayuan

Sejak perpisahan mereka,
Hidupku bagaikan tak tentu arah.
Akanku pergi
kemana saja mahuku.
Akanku cuba
meneroka perkara baru.
Perkara yang tak sepatutnya aku lakukan,
seorang remaja 13 tahun.

Sehingga suatu ketika,
Ku akhirnya terperangkap.
Hingga ku dibawa ke satu tempat.
Tempat bagi orang yang bersalah.

Walau masih dilamun kegelisahan,
Namun kini,
Ku dapat mengawalnya.
Kerna ku dibimbing oleh mereka.
Mereka yang mengajar agama,
Mereka yang memberi perhatian,
Mereka yang menjaga.
Dan sesungguhnya,
Tak ingin ku ulangi kesilapan itu.

Namun demikian,
Hanya satu ku pinta,
Pinta agar perpisahan orang yang ku sayang,
Takkan berpanjangan.

Ku merayu,
Walau tiada siapa yang tahu.
Agar mereka kembali bersama.
Agar dapatku rasa,
Kebahagiaan
Dan kasih sayang mereka
Yang selama ini
Ku damba.

:berdasarkan cerita sebenar.
cerita tentang seorang yang ku kenal.
Perkara yang dimaksudkan adalah ‘rokok’.
Dan hanya kerana rokok,kehidupannya kini tak seperti anak anak yang lain.
Mempunyai abang.
Yang bersituasi serupa.
Tetapi,ditempatkan di persatuan yang berbeza.
Oleh itu, kedua dua beradik ini,tidak lagi kerap bertemu.
Ibubapa?
…ibu bapa mereka telah berpisah.
Namun demikian,
Bapanya masih lagi mengambil berat tentang mereka.
Aku sendiri pernah melihat,
Betapa sayangnya beliau terhadap kedua anaknya itu.
Jika tidak berlakunya perpisahan,
Tak mungkin kehidupan mereka begini rupa.

mama yang memberitahu tentang kejadian ini.
ketika menceritakan,
aku dapat melihat,
mama,bagai tidak lagi terdaya utk menceritakannya.
aku tahu,
dia sungguh kecewa.kerna kakaknya sendiri gagal mendidik anaknya.
aku yang mendengar,
aku juga turut bersedih.


*Perpisahan,Kesilapan,Rayuan